Kelas Online

Teori & Apresiasi Muzik

Belajar untuk membaca dan menulis notasi muzik dengan modul-modul akademik yang selaras dengan ABRSM gred 1 hingga 5 (Beginner – Intermediate). Kelas ini dibahagiakan kepada 10 modul bagi memudahkan proses pembelajaran.

Maklumat Kelas

Kelas dijalankan secara online berserta latihan tubi untuk membantu korang menguasai teori muzik.

Ciri Khas Kelas

MK Ridzuan

Pemuzik (Seruling) & Jurulatih Muzik

MK Ridzuan aktif sebagai guru muzik dan jurulatih orkestra. Beliau mengajar di beberapa sekolah termasuk Sekolah Dato Abdul Razak di Seremban, Kolej MARA Banting dan Asia Pacific Smart School.

Kandungan Kelas

10 bahagian • 33 video pembelajaran

Belajar asas-asas untuk membaca notasi asas rhythm muzik dan fahami sistem pengiraan beat dalam lagu. Kelas Rhythm 1 membolehkan korang untuk faham elemen muzik yang berkaitan dengan masa!

Sambungan dari Rhythm 1, asas-asas untuk membaca notasi asas rhythm muzik dan fahami “feel” beat dan groove dalam lagu. Kelas Rhythm 2 membolehkan korang kenalpasti semua note dan tanda rehat.

Belajar mengenai konsep-konsep rhythm muzik yang lebih advance supaya korang dapat memahami emosi dan feeling yang berkaitan dengan kepelbagaian rhythm-rhythm ni!

By the time korang habis kelas ni korang bukan saja faham kenapa rhythm pelik-pelik digunakan dalam muzik, tapi korang juga boleh menulis rhythm-rhythm ni dengan cara yang lebih selesa untuk korang dan pemuzik lain baca! Welcome onboard!

Belajar memahami nada-nada dalam muzik yang kita guna dalam memainkan sesebuah melodi. Kalau korang main apa-apa alat muzik, korang tahu tak nada yang korang mainkan tu? Kalau tak tahu, jom kita belajar sama-sama!

Lanjutan dari kelas Melody 1 untuk korang memahami nada-nada dalam muzik yang digunakan dalam memainkan sesebuah melodi. Kalau korang pernah main muzik, korang tahu tak key lagu yang korang mainkan tu? Kalau tak tahu, jom kita belajar sama-sama!

Belajar memahami penggunaan scale minor dan chromatic dalam membuat sesebuah melodi. Selain sedih dengan happy, ada tak cara nak tulis melodi yang bunyi dia lebih psycho? Haha..jangan nak psycho sangat ea! Nanti kena kecam! Tiber.

Belajar menguasai jarak antara nada-nada dan tukar key lagu yang korang nak main atau nyanyi supaya korang boleh perform dengan lebih selesa dan berkeyakinan! Jangan tercekik pula bila nyanyi lagu key tinggi-tinggi. Turunkan biar selesa. Penyanyi-penyanyi pro pun turunkan key beb! Serious!

Belajar memahami konsep chord dalam muzik. Dalam kelas ni juga korang akan belajar sejarah macam mana boleh orang dulu-dulu dapat idea nak buat chord-chord yang kita main sekarang ni. Triad? 7th chord? Apa nada-nada yang membezakan C Major dengan C Minor?

Belajar cara untuk menulis lirik dalam skor muzik dan simbol-simbol yang selalu digunakan dalam penyampaian ekpresi sesebuah lagu. Kelas ini melengkapkan kemahiran korang dalam membaca dan menulis skor muzik. Korang dan level lain! Welcome to musicianhood!

Korang Mungkin Berminat:

Antara kelas-kelas popular di Akademi Seni Online. 

AKAN DATANG!

Belajar asas-asas untuk membaca notasi asas rhythm muzik dan fahami sistem pengiraan beat dalam lagu. Kelas Rhythm 1 membolehkan korang untuk faham elemen muzik yang berkaitan dengan masa!

PERCUMA
4.5/5

Belajar memahami nada-nada dalam muzik yang kita guna dalam memainkan sesebuah melodi. Kalau korang main apa-apa alat muzik, korang tahu tak nada yang korang mainkan tu? Kalau tak tahu, jom kita belajar sama-sama!

RM79
5/5

Belajar memahami konsep chord dalam muzik. Dalam kelas ni juga korang akan belajar sejarah macam mana boleh orang dulu dapat idea nak buat chord-chord yang kita main sekarang ni. Triad? 7th chord? Apa nada-nada yang membezakan C Major dengan C Minor?

RM89
4.5/5
30+ Video Pembelajaran

Lebih 30 video pembelajaran dengan topik-topik menarik!

Tenaga Pengajar Pro

Belajar dari tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam industri.

Tanpa Batas Masa

Tiada jadual tetap, belajar bila-bila masa yang korang suka!

0 +
Pelajar
0 +
Topik Pembelajaran
0
Tenaga Pengajar

Mula belajar dan
sertai komuniti eksklusif

Bagi setiap kelas yang korang daftar, korang layak untuk masuk ke dalam group
Facebook eksklusif sebagai ruang komuniti dan diskusi.

Kelas secara online membolehkan saya berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang.
MK Ridzuan
Pengarah ASO

Jadi geng dulu, masuk kelas kemudian!

Daftar akaun baru korang dengan Akademi Seni Online untuk terus mengikuti perkembangan dan pengumuman kelas terbaru!