Belajar dari anak seni
Kelas digital yang dirangka khusus untuk pembelajaran kendiri dari anak seni yang berpengalaman dalam mengajar.




30+ Video Pembelajaran
Lebih 30 video pembelajaran dengan topik-topik menarik!

Tenaga Pengajar Pro
Belajar dari tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam industri.

Tanpa Batas Masa
Tiada jadual tetap, belajar bila-bila masa yang korang suka!
Kisahnya sebab Covid-19
Sejak negara dilanda wabak Covid-19 pada tahun 2020, ramai yang pendapatannya terjejas. Termasuk juga anak-anak seni yang kebanyakan bekerja sendiri. Memandangkan zaman moden sekarang semua benda nak di-digitalize-kan, suasana dan proses bekerja berhijrah ke alam maya. Kelas-kelas juga dijalankan secara maya. Canggih gila!
Antara penemuan yang membuka mata kami adalah rupanya ramai lagi yang nak belajar pasal muzik, lakon dan tari. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, ramai yang ada masa banyak dan diluangkan dengan belajar ilmu-ilmu baru. Satu inisiatif yang sangat positif – invest in yourself!
Dengan membuka kelas-kelas seni secara digital di ASO memberi peluang kepada kami untuk mengajar lebih ramai orang kerana konsep Online Course ini membolehkan sesiapa saja yang berminat untuk belajar bila-bila masa! Konsep kelas sebegini telah lama dipraktikkan di negara-negara maju, kali ini kita bawa kepada orang kita, dengan cara kita!
Misi dan Objektif kami
Tujuan utama penubuhan Akademi Seni Online adalah untuk mewujudkan komuniti pencinta seni tak kisahlah seni muzik ke, tari ke, lakon ke, visual mahupun penulisan sastera. Kita akan cuba berkolaborasi dengan lebih ramai anak seni yang berpengalaman untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman mereka di sini.
Dengan adanya transaksi ilmu antara ahli dalam komuniti ASO, kami yakin kita akan dapat melahirkan generasi masyarakat yang lebih pintar untuk menilai dan menghargai seni. Bila berilmu, baru kita dapat melihat seni tu dari perspektif yang lebih berfalsafah. Gituh!
Merakyatkan ilmu seni
Ayat atas tu acah-acah kan? LOL. Akademi Seni Online ni ditubuhkan oleh sekumpulan anak seni marhaen supaya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai bidang seni dengan lebih selesa dan fleksibel.
Semua pembelajaran di ASO berkonsepkan pre-recorded courses di mana semua modul kelas dirangka dan dirakam terlebih dahulu supaya korang boleh akses kelas anytime!

Jangan skema sangat!
Dah nama bidang seni, mestilah kena kreatif kan? Kreativiti hanya boleh mengalir bila pengamal seni tu boleh express diri dia dengan bebas dan jujur.
Jadi konsep kita di ASO santai sajor. Tak perlu skema-skema sangat. Biar kita santai, tapi pandai. Guna bahasa pun macam yang kita guna hari-hari. Setel.




