Tak suka makan taugeh takpa, janji boleh baca! #ytjt

Belajar asas-asas untuk membaca notasi asas rhythm muzik dan fahami sistem pengiraan beat dalam lagu. Kelas Rhythm 1 membolehkan korang untuk faham elemen muzik yang berkaitan dengan masa!

PERCUMA!


Apa Yang Korang Akan Belajar?

Time Value (Nilai Masa)

Crotchet, Minim & Semibreve

Breve 

Strong Beat vs Weak Beat 

Bar & Bar-line

Top Figure dalam Time Signature

Maksud Tempo

Maelzel’s Metronome

Unit Pengiraan Tempo

Cara Penulisan Tempo Marking

Tempo Expression 

Tempo Alteration (Perubahan Tempo)

Pause, Ad Lib, Rubato etc


Kenali Tenaga Pengajar Korang

MK Ridzuan

Wan merupakan seorang pemuzik yang telah berkecimpung dalam bidang muzik sejak 2009. Beliau menamatkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Muzik Komposisi (kelas pertama) di UiTM Shah Alam pada tahun 2013.

Sepanjang kerjayanya, Wan berpengalaman bermain bersama Orkestra Remaja Kebangsaan (YSO) di Istana Budaya, Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) di Dewan Philharmonik Petronas dan banyak lagi orkestra-orkestra tempatan. Beliau kini aktif membuat persembahan dengan band beliau – Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Selain membuat persembahan, Wan juga aktif sebagai guru muzik, jurulatih orkestra dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Muzik Tradisional Malaysia (SATRIA). Beliau mengajar di beberapa sekolah termasuk Sekolah Dato Abdul Razak di Seremban, Kolej MARA Banting, Asia Pacific Smart School dan banyak lagi! Lihat resume penuh di sini.

Dengan semua pengalaman yang dimiliki, Wan di ASO bersemangat untuk bersama korang mendalami ilmu muzik!


Menjawab Persoalan Korang…

Adakah kelas Rhythm 1 sesuai dengan saya?

Kalau korang nak belajar membaca notasi muzik dan boleh menguruskan masa korang sendiri untuk fokus, YA! Kelas ni sesuai dengan korang!

Ada homework ke?

Walaupun kelas-kelas di ASO adalah sejenis kelas online, tetap ada homework (worksheet)! Cuma takde dateline, konsep dia belajar kendiri.

Bilakah kelas ini mula dan habis?

Semua kelas di ASO ni konsep dia “evergreen” atau malar segar tibeh..so korang boleh daftar dan belajar anytime!

Boleh ke saya ulang balik kelas ni?

Walaupun korang habis belajar topik-topik dalam kelas ni nanti, korang sentiasa boleh ulang balik kelas ni anytime! Evergreen y’all!

Macam mana kalau saya perlukan bantuan?

Join FB group ekslusif utk setiap kelas supaya korang boleh keep track progres dan bertanya dengan tenaga pengajar.

Cemana nak bayar untuk daftar kelas ni?

Korang boleh bayar dengan bank transfer (fpx) atau boleh juga guna kad debit dan kad credit.


Mula Belajar Hari Ini

Tunggu apa lagi bossku? Sertai komuniti ASO sekarang dan tambah pengetahuan dan kemahiran korang dalam bidang muzik hari ini!

Kelas Rhythm 1

PERCUMA

Mula belajar untuk membaca rhythm dengan mengenal note-note muzik yang sering digunakan dan fahami konsep masa dalam muzik. Semua ini adalah 100% percuma dalam Rhythm 1! Klik butang di bawah untuk mendaftar kelas ini hari ini!

100% No-Risk Guarantee